Thursday 2 June 2011

Rangkaian sosial

Thursday 2 June 2011
Rangkaian Sosial






Rangkaian sosial merupakan satu cetusan hebat Web 2.0 pada masa kini. Laman web rangkaian sosial berkembang pesat sebagai satu medium komunikasi popular masa kini. Kemunculan MySpace, Friendster, Tagged, Facebook, Twitter serta beberapa lagi telah membentuk beberapa kumpulan komuniti maya yang besar dan berpengaruh uyang menghimpunkan manusia dari seluruh dunia. Kumpulan ini akan semakin membesar dengan penambahan ahli baru dari pelbagai peringkat umur. Laman web rangakaian sosial terbesar, facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg telah mempunyai 60 juta ahli sejak diasaskan pasa tahun 2004. Sektor pendidikan negara juga tidak ketinggalan dalam mengeksplorasi teknologi ini. Di Universiti Tun Hussien Onn misalnya menggunakan laman web Facebook sebagai medium untuk berhubung dengan pelajar dan menyalurkan maklumat-maklumat penting @ segera. Jadi tidak hairan lah jika satu hari nanti sektor pendidikan di peringkat asas (sekolah rendah & sekolah menengah) akan mempelopori teknologi ini untuk menjana transformasi negara dan menjadikan laman web sosial ini sebagai medium penting dalam pengajaran & pembelajaran.

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting