Thursday 2 June 2011

Rangkaian sosial

Thursday 2 June 2011 0
Rangkaian Sosial






Rangkaian sosial merupakan satu cetusan hebat Web 2.0 pada masa kini. Laman web rangkaian sosial berkembang pesat sebagai satu medium komunikasi popular masa kini. Kemunculan MySpace, Friendster, Tagged, Facebook, Twitter serta beberapa lagi telah membentuk beberapa kumpulan komuniti maya yang besar dan berpengaruh uyang menghimpunkan manusia dari seluruh dunia. Kumpulan ini akan semakin membesar dengan penambahan ahli baru dari pelbagai peringkat umur. Laman web rangakaian sosial terbesar, facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg telah mempunyai 60 juta ahli sejak diasaskan pasa tahun 2004. Sektor pendidikan negara juga tidak ketinggalan dalam mengeksplorasi teknologi ini. Di Universiti Tun Hussien Onn misalnya menggunakan laman web Facebook sebagai medium untuk berhubung dengan pelajar dan menyalurkan maklumat-maklumat penting @ segera. Jadi tidak hairan lah jika satu hari nanti sektor pendidikan di peringkat asas (sekolah rendah & sekolah menengah) akan mempelopori teknologi ini untuk menjana transformasi negara dan menjadikan laman web sosial ini sebagai medium penting dalam pengajaran & pembelajaran.

Wednesday 1 June 2011

podcast

Wednesday 1 June 2011 0
Podcast






Podcast pula merupakan satu teknologi yang membenarkan gajet pemain media mudah alih atau komputer peribadi mencapai bahan audio atau video digital dari internet. Kandungannya dikemaskini secara automatik jika terdapat sebarang masukan baru dari sumber atau penyedia perkhidmatan. Ianya menggunakan protokol RSS seperti Web Feeds. Apple iPod merupakan pelopor terawal teknologi podcast ini.
Teknologi ini semakin popular dalam pendidikan masa kini. Ianya digunakan untuk menyalurkan maklumat serta berkongsi bahan pengajaran. Guru dapat menyiarkan video tutorial, rakaman televisyen serta contoh tugasan melalui teknologi ini.

wiki

Wiki






Wiki menjadi satu platform baru yang unik dalam penyebaran maklumat. Melalui wiki, pengguna bebas memasukkan maklumat dan melakukan suntingan sendiri terhadap data yang disumbangkan daripada pengguna lain. Enseklopedia bebas Wikipedia merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wiki berfungsi sebagai sebuah sumber rujukan pendidikan dalam pelbagai bahasa. Selain dari Wikipedia, inovasi terkini wiki diperkenalkan oleh Wikispaces sebagai salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan. Wikimapia pula menyediakan ruang kepada pengguna untuk melabel sendiri kawasan pada peta satelit dalam webnya.

Aplikasi WEB 2.0

Antara aplikasi-aplikasi yang menjadi pendukung teknologi Web 2.0 ialah aplikasi blog, wiki, podcast dan juga rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.

Di sini akan diceritakan mengenai ciri-ciri aplikasi tersebut dari segi perkaitan dengan teknologi web 2.0 ini.




Blog


Menggantikan fungsi web peribadi dengan membenarkan pemilik berkongsi pengalaman, pandangan dan informasi. Penulis blog mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap data atau maklumat dalam lamannya. Kandungan dapat disebabkan dengan lebih pantas dan percuma. Setiap maklumat yang dikongsi akan dinilai oleh pembaca dan mereka boleh berkomunikasi dengan penulis secara terus. Blog juga kerap dijadikan sebagai senjata politik yang berkesan untuk berkempen, menyampaikan ideologi serta mengkritik sesuatu isu. Contoh laman blog yang popular masa kini ialah Blogger dan juga Wordpress.

Friday 20 May 2011

RUMUSAN TENTANG WEB 2.0

Friday 20 May 2011 0
.....saya merasakan dunia ini sememangnya tidak dibatasi dengan sempadan...walaupun hakikatnya dunia ini dibahagikan kepada 7 benua......zaman teknologi terlalu pantas berubah-ubah...manusia kini berkejar-kejar untuk hidup lebih sempurna.....semua perkara jikalau boleh hendak dilakukan hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja....sekali ENTER ...semua pesanan sampai dalam 2-3 jam....

Thursday 19 May 2011

TEKNOLOGI PENDIDIKAN WEB 2.0

Thursday 19 May 2011 0
Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana komunikasi boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun tanpa sebarang halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit...

CONTOH PENGGUNAAN USER PADA WEB 2.0





Youtube.com
 Internet user dengan mudah mengurus halaman web videonya tanpa harus
mengeluarkan kos untuk membeli hosting yang biasanya boleh menampung
puluhan bahkan ratusan file video yang cukup besar kapasitinya

Friendster.com

Sebuah social networking yang t menjadi site paling popular di dunia. Konsep sederhana dari friendster untuk menyediakan tempat bagi pengguna internet untuk saling berinteraksi dan berkenalan di dunia maya ternyata di sambut baik oleh pengguna internet

Wordpress.org

Wordpress muncul di tengah ramainya perkembangan web 2.0. Dengan CMS yang
sangat canggih namunmudah untuk digun, menjadikan wordpress menjadi salah satu penyedia layanan
Content Management System yang terbaik hingga saat ini 
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting